Bah.2 - Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib (2/2)

Ketiga: Wajib Dari Sudut Tuntutan (Darurat).

Beramal dan bekerja untuk Islam juga merupakan satu kewajipan jika dilihat dari sudut tuntutan untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman kini dan serangan musuh-musuh Islam. Ianya adalah satu kewajipan kerana dengannya dapat menyekat penularan fahaman kebendaan dan ateis (tidak percayakan tuhan) yang berusaha menggugat kewujudan Islam.

Sekiranya dilihat dengan pemerhatian yang teliti kepada nasib yang dialami oleh negara-negara umat Islam hari ini maka sudah pasti ia menjadi bukti menguatkan lagi tuntutan tersebut adalah tanggungjawab yang wajib di sisi syariat di mana umat Islam tadi seharusnya berdiam diri dan memandang ringan. Kita dapati banyak negara-negara (Umat Islam) yang mengadu dan merintih dengan penuh penderitaan kerana dikuasai oleh keserakahan orang-orang bukan Islam (kafir) sebagaimana yang dialami oleh rakyat Palestine, Kashmir, Eitrea, Qibrash, Bukhara, Samarkand dan lain-lain.

Manakala beberapa negara lain pula menderita kerana cengkaman kuasa golongan minoriti yang berniat jahat ke atas umat Islam, mereka memerintahkan Umat Islam dengan kekuatan besi dan api. Kita dapati juga beberapa bahagian dari negara Umat Islam yang lain mengadu mengenai penderitaan mereka yang disebabkan oleh kekuasaan parti-parti puak kiri (yang terdiri dari sosialis dan komunis) atau puak kanan (yang berkefahaman kapitalis) dalam negara mereka. Begitu juga keadaan hidup di beberapa tempat yang lain yang berada di dalam suasana pertumpahan darah yang hebat hasil dari perebutan kuasa di antara kekuatan puak kiri dan puak kanan. Selain dari hal-hal yang tersebut di atas, sebenarnya betapa perlunya amal Islami sekalipun secara darurat, dari menyahut cabaran-cabaran dari dalam yang berupa kuncu-kuncu, tali barut dan penyokong musuh Islam. Firman Allah.

وََقاتُِلوهُمْ حَتَّى َلا تَ ُ كو َ ن فِتْنَةٌ وَيَ ُ كو َ ن الدِّينُ ُ كلُّهُ لِلَّهِ 

Yang bermaksud: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Surah Al-Anfaal, Ayat: 39).

Keempat: Wajib Secara Individu Mahupun Jemaah.

Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam dari sudut kewajipan syarak (taklifi) adalah satu tanggungjawab ke atas individu (fardi) sama seperti kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab syariat yang lain di mana ganjaran pahala diberikan apabila dilaksanakan tanggungjawab tersebut dan dibalas dengan dosa apabila ia ditinggalkan. Firman Allah s.w.t:

وَمَا َأدْرَاكَ مَا سََقرُ 

Yang bermaksud: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu? (Surah Al-Muddaaththir, Ayat: 27).

Firman Allah lagi:

وَكُلُّهُمْ ءَاتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ َفرْدًا 

Yang bermaksud: Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri. (Surah Maryam, Ayat: 95).

Firman Allah lagi:

إِ ْ ن َأحْسَنْتُمْ َأحْسَنْتُمْ لَِأنْفُسِكُمْ  

Yang bermaksud: Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. (Surah Al-Israa', Ayat: 7).

Firman Allah lagi:

وََلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ ُأخْرَى 

Yang bermaksud: Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). (Surah Al-An'aam, Ayat: 164.)

Firman Allah lagi:

وَمَنْ جَاهَدَ َفإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ 

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri. (Surah Al- 'Ankabuut, Ayat: 6).

Supaya orang lain itu semuanya turut serta dalam kerja-kerjanya membina masyarakat dan memakmurinya iaitu dengan membina kehidupan masyarakat atas dasar kebenaran (Al-Haq) dan memakmurkan dengan kebaikan, maka Islam telah menentukan ke atas setiap orang Islam bertanggungjawab memberikan khidmat dan pengorbanan mereka untuk Islam mengikut batas kemampuan masing-masing, selama mana insan itu berada dalam keadaan baligh, akal yang sihat dan ada kemampuan. Dari pengorbanan seperti ini akan menjadikan masyarakat Islam itu sebagai sel yang hidup dan bernyawa dalam badan. Setiap individu dalam masyarakat ini akan memberikan sesuatu malah mereka berlumba-lumba untuk berkorban.

Dari kenyataan di atas jelaslah bahawa kewajipan beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam oleh individu adalah sama seperti kewajipankewajipan syarak yang lain iaitu ia adalah satu kewajipan Islam. Oleh kerana beramal dan bekerja untuk Islam adalah kewajipan individu (fardi) dari sudut ini maka ia juga adalah satu kewajipan secara jama'ie (organisasi) apabila dilihat dari sudut tanggungjawab gerakan dan dari sudut perlaksanaannya.

Kenyataan ini dibuktikan oleh realiti-realiti yang berlaku dan keadaan-keadaan yang pada dasarnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Di antara realiti-realiti tersebut ialah:

1. Sebenarnya taklif atau tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh orang perseorangan kerana matlamat amal Islami adalah untuk meruntuhkan jahiliah hingga ke akar umbinya lalu di atas runtuhan itulah ditegakkan Islam. Tugas yang berat ini menurut pengorbanan, kemampuan dan kesanggupan yang tidak mampu dilakukan secara perseorangan bahkan tugas ini tidak mampu dipikul sekalipun dengan memerah seluruh tenaga, kegigihan dan kesanggupan menghadapi segala penderitaan. Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh gerakan yang tersusun, yang memiliki kadar kemampuan yang setimpal dari sudut kesedaran, penyusunan dan kekuatan dalam menghadapi jahiliah yang wujud.

2. Sesungguhnya usaha kerja Rasulullah s.a.w dalam rangka menghadapi serangan jahiliah dan kemudiannya menegakkan masyarakat Islam serta mengembalikan kehidupan mengikut lunaslunas Islam merupakan dalil dan bukti bekerja secara berjemaah untuk menegakkan Islam adalah wajib. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w tidak menggunakan cara bekerja secara individu di dalam bertindak, malah sejak dari awal-awal lagi baginda begitu mengambil berat kepada usaha-usaha menubuhkan jemaah dengan memilih anasiranasir pembinaannya dangan teliti. Kemudian baginda s.a.w membentuk dan membersihkan mereka sehingga menjadi satu kekuatan dalam proses perubahan yang baginda s.a.w lakukan. Inilah yang telah dibuktikan oleh perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dalam setiap peringkat dan lapangan.

3. Selain dari itu amal dan gerak kerja untuk menegakkan Islam dipenuhi dengan halangan ranjau dan duri, ujian dan cubaan. Halangan-halangan yang menunggu di jalannya sangatlah banyak. Kuasa-kuasa asing yang saban waktu menunggu kesempatan memukul umatnya juga adalah banyak. Semua cabaran-cabaran ini menuntut kewujudan sebuah tanzim haraki (penyusunan gerakan jemaah) yang menyeluruh dari sudut kualiti dan kuantiti untuk menghadapi segenap peringkat amal, suasana persekitaran serta kemungkinan-kemungkinan yang mendatang.

Dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w terdapat banyak dalildalil yang secara nyata menunjukkan beramal secara berjemaah yang kemas tersusun untuk menegakkan Islam adalah merupakan satu perkara penting. Allah s.w.t berfirman:

وََلا تَعَاوَنُوا عََلى الْإِثْمِ وَاْلعُدْوَانِ

 Yang bermaksud: Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 2).

Kelima: Ganjaran Jihad Adalah Untuk Mujahid Itu Sendiri.

1. Sejak awal-awal lagi para petugas yang bekerja untuk Islam mestilah memahami secara mendalam bahawa merekalah yang sebenarnya memerlukan Islam. Sewaktu mereka bekerja, berjihad dan berjuang, bererti mereka bertindak membersihkan diri dan jiwa mereka sendiri di samping menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke atas mereka supaya mereka memperolehi ganjaran dari sisi Allah di hari kiamat kelak, hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati menjadi bergetar kerana dilanda ketakutan ditimpa azab. Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekyang rugi sekiranya mereka berundur dan berpaling tadah. Allah s.w.t berfirman:

وَمَنْ جَاهَدَ َفإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ َلغَنِيٌّ عَنِ الْعَاَلمِينَ 

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

Allah s.w.t juga berfirman:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِ ْ ل َقوْمًا َ غيْرَ ُ كمْ ُثمَّ َلا يَ ُ كونُوا َأمَْثاَل ُ كمْ 

Yang bermaksud: Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Surah Muhammad, Ayat: 38).

2. Mereka juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri mereka sebenarnya adalah kerana pegangan mereka kepada Islam. Mereka tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya tidak bersama Islam (sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu). Kemuliaan dan ketinggian mereka yang sebenarnya tidak akan tercapai melainkan dengan mereka menggembleng tenaga dan melibatkan diri di dalam jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan terus kekal dalam jemaah yang berkenaan. Sesiapa yang mengasingkan diri dia akan keseorangan di dalam azan neraka. Sesiapa yang menyatukan dirinya secara benar dengan kumpulan tersebut bererti dia telah bergabung dengan nasab keturunan yang mulia mengikat diri dengan golongan yang mendapat petunjuk, yang terdiri daripada para Nabi dan para syuhada yang mendapat nikmat di sisi Allah s.w.t.

3. Para petugas amal Islami juga mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dengan jemaah adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)". Masyarakat yang dipenuhi dengan fitnah tidak ubah seperti malam yang gelap-gelita. Manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan sempurna atau tidak terjejas dengan kesan-kesan kotoran masyarakat tersebut sekiranya tidak menerima peringatan, nasihat dan ingat memperingati.

وَ َ ذكِّرْ َفإِنَّ الذِّ ْ كرَى تَنَْفعُ الْمُؤْمِنِينَ 

Yang bermaksud: Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Az-Zaariyaat, Ayat: 55).

Allah s.w.t berfirman lagi:

وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).

Oleh yang demikian mereka mestilah hidup di bawah satu naungan keluarga yang beriman. Mereka mestilah bersama-sama dengan pasukan Tuhan yang Maha Pengasih dan terus hidup bersama mereka buat selama-lamanya. Allah s.w.t berfirman:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُو َ ن رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُو َ ن وَجْهَهُ وََلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينََة الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وََلا تُطِعْ مَنْ َأ ْ غَفْلنَا َقلْبَهُ عَنْ ذِ ْ كرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَا َ ن َأمْرُهُ ُفرُ ً طا 

Yang bermaksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

4. Para petugas amal Islami juga mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalannya. Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang paling jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak diingini manakala mereka pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang menarik syahwat. Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam suasana mewah, mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) dan jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak bersedia untuk tunduk kepada keputusan jemaah dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan jemaah.

Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan pengawalan diri, jalan kerahmatan dan kemuliaan. Jalan kesabaran dan ketetapan, jalan kebebasan dan kehormatan dan jalan kebenaran dan keikhlasan. Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya. Allah s.w.t berfirman

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عََلى اللَّهِ َفهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ َأمْرِهِ َقدْ جَعَ َ ل اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ َقدْرًا 

Yang bermaksud: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Talaaq, Ayat: 126).

Allah s.w.t berfirman lagi:

َفمَنْ نَ َ ك َ ث َفإِنَّمَا يَنْكُثُ عََلى نَفْسِهِ وَمَنْ َأوَْفى بِمَا عَاهَدَ عََليْهُ اللَّهَ َفسَيُؤْتِيهِ َأجْرًا عَظِيمًا 

Yang bermaksud: Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Surah Al-Fath, Ayat: 10).

Bah.2 - Bab 2: Saya Mesti Meyakini Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib (1/2)

Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini. Seluruh amal ini dan lain-lain keperluan untuk amalanamalan ini serta lain-lain perkara yang berkaitan yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan syariat. Kewajipan melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.

Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.

Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan ianya bersifat wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan melakukan secara sukarela, dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut: Pertama:

Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda').

Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada prinsipnya adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh para Nabi dan para Rasul kemudian ke atas umat manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat kelak. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:

وَالْعَصْرِ. إِنَّ اْلإِنْسَا َ ن َلفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesanpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).

Dan firman Allah:

يَاَأيُّهَا الرَّسُو ُ ل بَلِّ ْ غ مَا أُنْزِ َ ل إَِليْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ َلمْ تَ ْ فعَ ْ ل َفمَا بَلَّغْتَ رِسَاَلتَهُ 

Yang bermaksud: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 67).

Dan firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُو َ ن مَا َأنْزَْلنَا مِنَ اْلبَيِّنَاتِ وَاْلهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ُأوَلئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُو َ ن 

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 159).

Dalam sunnah Rasulullah s.a.w yang mulia terdapat riwayat-riwayat yang mempunyai hubungan secara khusus tentang dakwah kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Di antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi". (Hadis riwayat Tirmizi).

Sabda baginda yang lain:

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

"Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang melakukan kezaliman: Wahai penzalim! Maka sesungguhnya dia telah mengucapkan selamat tinggal baginya". (Hadis riwayat Hakim).

Kedua: Wajib dari Sudut Hukum.

Beramal untuk Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk mengabadikan diri kepada Allah di dalam iktikad keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari Al- Quran yang menyebut:

َفَلا وَرَبِّكَ َلا يُؤْمِنُو َ ن حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ُثمَّ َلا يَجِدُوا فِي َأنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا َقضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 

Yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah An-Nisa', Ayat: 65).

Dan firman Allah:

وَمَا اخْتََل ْ فتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ َفحُكْمُهُ إَِلى اللَّهِ َ ذلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عََليْهِ تَوَكَّلْتُ وَإَِليْهِ ُأنِيبُ 

Yang bermaksud: Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikutpengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Asy-Syura, Ayat: 10).

Begitu juga firman Allah:

وَمَنْ َلمْ يَحْ ُ كمْ بِمَا َأنْزَ َ ل اللَّهُ فَُأوَلئِكَ هُمُ الْ َ كافِرُو َ ن 

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir. (Surah Al-Maaidah, Ayat: 44).

Firman Allah:

وَمَنْ َلمْ يَحْ ُ كمْ بِمَا َأنْزَ َ ل اللَّهُ فَُأوَلئِكَ هُمُ الظَّالِمُو َ ن 

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al- Maaidah, Ayat: 45).

Firman Allah:

وَمَنْ َلمْ يَحْ ُ كمْ بِمَا َأنْزَ َ ل اللَّهُ فَُأوَلئِكَ هُمُ الَْفاسُِقو َ ن 

Yang bermaksud: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (Surah Al- Maaidah, Ayat: 47).

Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksananya hukum Allah turut menjadi wajib berdasarkan kaedah syarak:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Yang bermaksud: “Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib".

Sebahagian besar dari negara-negara (umat) Islam, kalau pun tidak dapat dikatakan seluruhnya diperintah oleh sistem-sistem ciptaan manusia yang merupakan campur aduk dari sistem undang-undang Rumani, Yunan, Perancis dan sebagainya. Demikian juga sistem ekonomi yang menguasai negara-negara tersebut adalah sistem ekonomi Kapitalisme dan Sosialisme. Ini adalah penyebab utama yang mendesak umat Islam supaya menyusun gerak-kerja untuk meruntuhkan sistem jahiliah dalam bentuk seperti ini dan kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi fardu ain ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.

Selain dari itu masih banyak kewajipan-kewajipan syariah yang perlaksanaan dan amalannya bergantung kepada adanya khalifah atau Imam sedangkan pelantikan Khalifah (Imam) itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam.

Oleh itu seluruh undang-undang yang berkaitan dengan sistem-sistem Islam sama ada di dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, politik malah kesemua undang-undang yang berkadengan hukum, kanun keseksaan, perdamai, peperangan, jihad, gencatan senjata, perjanjian damai, muamalat, kemasyarakatan dan ekonomi, semuanya ini dan sebagainya adalah di antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam.

Bah.2 - Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam (5/5)

Diriwayatkan pula bahawa ketika orang-orang Islam yang berhijrah mencari perlindungan kerana mempertahankan agama mereka di Habsyah, lalu mereka masuk menghadap raja Najasyi, lantas paderi dan pendeta yang ada di situ meminta mereka sujud untuk menghormati raja. Tetapi Jaafar bin Abi Talib yang menjadi ketua rombongan menjawab: "Kami adalah satu kaum yang tidak sujud kecuali kepada Allah".

Malah di dalam sejarah Islam kita menemui ratusan contoh yang memperlihatkan kemuliaan, ketegasan pendirian dan keberanian yang dirakamkan oleh generasi pertama umat Islam seperti Khubaib bin Adi, Zaid bin Ad-Dathanah, Rub'ie bin Amir, Mus'ab bin Umair, Said bin Jubair, Said bin Al-Musayyab dan lain-lain yang sewajar dipelajari perjalanan hidup mereka untuk dijadikan contoh teladan.

iv. Beriltizam Dengan Kerja-kerja Islam dan Kerjasama Dengan Aktivitiaktiviti Islam.

Apabila saya mengaku sebagai seorang muslim, maka saya wajib bekerja untuk Islam. Saya patut bekerja dalam satu jemaah, bekerjasama dengan pendakwah lain yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah keburukan. Saya harus bekerja keras untuk mengujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar-benar Islam. Allah berfirman:

سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ 

Yang bermaksud: Kami akan menguatkan tenaga dan daya usahamu dengan saudaramu (Harun). (Surah Al-Qasas, Ayat: 35).

Firman-Nya lagi:

عََلى الْإِثْمِ وَاْلعُدْوَانِ وَتَعَاوَنُوا عََلى الْبِرِّ وَالتَّ ْ قوَى وََلا تَعَاوَنُوا 

Yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah Al-Maidah, Ayat: 2).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi: "Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)". (Abu Daud meriwayatkan hadith seperti ini.) Sabdanya lagi: "Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Iman (pemimpin) mereka".

(Hadith sebahagian riwayat Bukhari dan Muslim) Sabda baginda yang lain:

"Jemaah itu berkat".
"Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab".

(Nota Kaki: Hadith riwayat Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal dalam “Zawaid al-Musnad.” Al-Hafiz as-Sakhawi berkata: Hadith ini diriwayatkan oelh ad-Dailami juga dan kedua-dua sanadnya lemah tetapi ia mempunyai banyak syawahid.)

Bah.2 - Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam (4/5)

iv. Mengetahui Hakikat Islam.

Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum-hakam, yang halal dan yang haram.

Firman Allah s.w.t:

وَُق ْ ل رَبِّ زِدْنِي عِْلمًا 

Yang bermaksud: Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (Surah Taha, Ayat: 114).

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama". (Riwayat Tabrani).

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya para Nabi tidaklah meninggalkan dinar dan dirham. Hanya mereka yang meninggalkan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya ia telah mengambil bahagian yang lumayan". (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

v. Mengetahui Hakikat Jahiliah.

Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalajaring-jaringnya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: "Sesiapa yang mempelajari bahawa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka". (Nota Kaki: 3 Albani mengatakan: “Saya tidak menemui hadis ini dengan lafaz tersebut dan tidak ada seorang pun yang menulis mengenai hadis yang sering disebutkan oleh orang awam yang menyebutnya. Seolah-olah hadis ini di sebarkan sejak kebelakangan ini. Tetapi hadis ini mempunyai makna yang sama dengan hadis yang di riwayatkan oleh At-Tirmizi(bukan berkata hadis ini Hassan Sahih), Hakim, Abu Daud dan Ahmad.)

Sifat-sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam 

Jika saya seorang yang menghayati Islam dan hidup untuk memperjuangkan Islam maka tentulah bentuk serta corak hidup saya berbeza dengan manusia yang lain. Antara bentuk dan corak tersebut ialah:

i. Benar-benar Terikat dan Menurut Ajaran Islam. Iman itu bukanlah hanya dengan angan-angan sahaja, tetapi ia adalah suatu yang tertunjang di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Di dalam firman Allah selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal. Di antaranya:

إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ 

Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. (Surah Al-Asr, Ayat: 3).

َأتَأْمُرُو َ ن النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْ َ ن َأنْفُسَكُمْ وََأنْتُمْ تَتُْلو َ ن الْكِتَابَ َأَفَلا تَعْقُِلو َ ن 

Yang bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Surah Al-Baqarah, Ayat: 44).

َ كبُرَ مَ ْ قتًا عِنْدَ اللَّهِ َأ ْ ن تَُقوُلوا مَا َلا تَفْعَُلو َ ن 

Yang bermaksud: Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (Surah As-Saff, Ayat: 3).

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali berkata: "Dua lelaki telah memberi musibah ke atas diriku, pertama orang alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadat. Si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadatnya manakala si alim pula memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama". Rasulullah s.a.w berwasiat kepada seluruh umat Islam supaya berjaya-jaga:"Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat". (Riwayat Abu Nu'aim).

ii. Mengutamakan Kepentingan Islam.

Berhubung dengan tuntutan ini Rasulullah s.a.w bersabda: "Berkisarlah kamu bersama-sama dengan Kitab Allah (untuk kepentingan Islam) di mana kepentingan berkisar-kisar". Baginda juga bersabda: "Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka dia bukanlah dari golongan mereka".

Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara ini secara langsung: "Engkau memegang pos penting dari pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat terlepas dari pengawasan kamu". Di dalam peperangan Uhud Saad bin Ar-Rabie' ditemui di dalam saat-saat menghampiri maut sedang di tubuhnya terdapat tujuh puluh liang luka kerana rejaman tombak, tetakan pedang dan tusukan panah, lalu ia menoleh kepada Zaid bin Thabit lalu berkata:

"Katakanlah (sampaikanlah berita ini) kepada Rasulullah s.a.w, sesungguhnya saya telah mencium bau syurga dan beritahulah kaumku orang-orang Ansar, tidak ada keuzuran mereka di sisi Allah sekiranya mereka benar-benar ikhlas kepad Rasulullah s.a.w selama mata kamu masih belum pejam, kemudian di saat itu juga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir". iii. Merasa Mulia Dengan Kebenaran Islam dan Yakin Kepada Allah. Ini adalah di antara sifat-sifat orang yang beriman.

Firman Allah s.w.t:

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ 

Yang bermaksud: Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman. (Surah Al-Munafiquun, Ayat: 8).

Firman-Nya lagi:

وََلا تَهِنُوا وََلا تَحْزَنُوا وََأنْتُمُ الَْأعَْلوْ َ ن إِ ْ ن ُ كنْتُمْ مُؤْمِنِينَ 

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Aali Imraan, Ayat: 139).

Bah.2 - Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam (3/5)

Bagaimana Cara Saya Hidup Untuk Islam:

Supaya hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka beberapa masalah pokok haruslah difahami serta dihayati sebagai satu kewajipan.

Contohnya:

i. Mengenai Tujuan Hidup.

Firman Allah:

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az- Zaariyaat, Ayat: 56).

Firman Allah yang ke seterusnya:

وَهُوَ الَّذِي خََلقَ السَّمَوَاتِ وَالَْأرْضَ فِي سِتَّةِ َأيَّامٍ وَكَا َ ن عَرْشُهُ عََلى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ َأيُّ ُ كمْ َأحْسَنُ عَمًَلا 

Yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Surah Hud, Ayat: 7).

ii. Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.

Firman Allah:

َأرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ َفمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ 

Yang bermaksud: Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (Surah At- Taubah, Ayat: 38).

Firman-Nya lagi:

َذلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 

Yang bermaksud: Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).

Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: "Ayuhlah, kejarlah dunia"; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: "Inilah dunia". Menurut riwayat yang lain, pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: "Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir".

Baginda juga bersabda: "Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah". (Hadith riwayat Tirmizi, Ibn Majah, dan Hakim) Baginda juga bersabda: "Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir". (Riwayat Muslim)

iii. Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba.

Firman Allah:

كُلُّ مَنْ عََليْهَا فَانٍ. وَيَبَْقى وَجْهُ رَبِّكَ ُ ذو الْجَلَالِ وَاْلإِ ْ كرَامِ

Yang bermaksud: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (Surah Ar- Rahmaan, Ayat: 26 - 27)


كُلُّ نَفْسٍ ذَائَِقةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْ َ ن ُأجُورَ ُ كمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ َفمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِ َ ل الْجَنََّة َفَقدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاُة الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ
الْغُرُورِ 

Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 185).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan dan pemisah golongan-golongan (iaitu kematian). (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban).

Abu Zar Al-Ghiffari r.a berkata: "Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w: Apakah kandungan Suhuf Nabi Musa?" Baginda menjawab: "Keseluruhannya adalah pengajaran". Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembira, Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa, Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah tetapi masih kecewa, Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolakbalik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia, Aku juga merasa hairan terhadap orang yang meyakini adanya hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal (untuk bekalan)".

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa beliau keluar bersamasama Rasulullah s.a.w mengiringi jenazah. Rasulullah s.a.w bersabda sambil duduk menghadap ke arah sebuah kubur: "Tiap hari kubur ini menyeru dengan nyaringnya: Hai anak Adam lupakan engkau kepada aku. Tidakkah engkau ketahui bahawa aku ini tempat keseorangan, tempat kesunyian, tempat cacing dan tempat yang sempit kecuali yang Allah lapangkan baginya". Kemudian baginda bersabda: "Kubur ini adalah salah satu taman dari taman-taman syurga atau (sebaliknya) salah satu lubang dari lubang-lubang neraka". (Diriwayatkan oleh Tabrani).

Bah.2 - Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam (2/5)

iii. Golongan Yang Menganggap Dunia ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Di Akhirat.

Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t: وَمَا الْحَيَاُة الدُّنْيَا

إِلَّا َلعِبٌ وََلهْوٌ وََللدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَُّقو َ ن َأَفَلا تَعْقُِلو َ ن 

Yang bermaksud: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Surah Al-An'aam, Ayat: 32).

Ekoran dari rendahnya nilai dunia jika dibandingkan dengan akhirat maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ 

Yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az- Zariyaat, Ayat: 56).

Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaan-Nya. Seluruh hidup mereka baik ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumah tangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah.

Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan segala kurniaan tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan sebahagian besar ciptaan-ciptaan (kemajuan) zaman moden ini dan kebanyakan hasil perahan daya fikiran manusia bertujuan untuk menyogokkan kepada manusia kelazatan dan kerehatan jasmaninya bukan bertujuan untuk membangunkan alam sejagat ini dengan nilai-nilai kebaikan, kedamaian dan ketenangan.

Kemajuan alat alat rekaan baru seperti kereta, pesawat, kapal terbang, mesin basuh, peti sejuk, alat-alat solek, perabut rumah, pakaian, alat-alat hiburanmalahan ribuan ciptaan yang dioleh kilang perusahaan yang moden dan canggih pada hari ini, semuanya bertujuan memberikan kerehatan, keselesaan kepada hidup manusia.

Dalam konteks ini walaupun Islam sama sekali tidak melarang mengkaji (menyelidik), mencipta dan menghasilkan sesuatu, namun ia haruslah dilakukan dengan syarat:

1. Dengan kadar yang tidak membawa manusia kepada kemudaratan atau bahaya.
2. Dalam bentuk yang boleh mendatangkan kebaikan dan kebajikan dalam masyarakat. Ertinya, kerja-kerja tersebut hendaklah diperhatikan dari segi penyesuaiannya dengan syarak dan akhlak.

Dalam hubungan ini Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia" mengatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan.

Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong".

Seorang penyair menyatakan:

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan, 
Sedangkan segala pemberian adalah ujian, 
Mereka mendakwa telah mengharungi lautan dengan, Sesungguhnya mereka belumpun bertemu ujian, 
Sesungguhnya benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:
Yang bermaksud: Celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, celakalah (orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi diram. Celakalah (orang yang) menjadi hamba abdi kepada pakaian". (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Bah.2 - Bab 1: Saya Mesti Hidup Untuk Islam (1/5)

Pengakuan beragama Islam bererti saya mesti hidup berdasarkan Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Kalau saya mengaku sebagai seorang muslim ertinya diri saya, rumah-tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah menghayati Islam. Pengakuan itu memaksa saya wajib hidup untuk memperjuangkannya.

Seluruh jiwa raga dan kemampuan saya harus diarahkan untuk memperkuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya. Dalam dunia ini ada tiga kategori manusia:

i. Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.

Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan "Dahriyyin". Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran sebagaimana berikut:

وََقاُلوا إِ ْ ن هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ 

Yang bermaksud: Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati. (Surah Al-An'aam, Ayat: 29).

Allah berfirman:

وََقاُلوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِ ُ كنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا َلهُمْ بِ َ ذلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِ ْ ن هُمْ إِلَّا يَ ُ ظنُّو َ ن 

Yang bermaksud: Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan sematamata. (Surah Al-Jaathiyah, Ayat: 24).

Orang-orang komunis dan rakan-rakan mereka dari golongan sekular atau penganut fahaman existensialism juga beranggapan sedemikian. Dalam satu ulasan yang ditulis oleh Joseph Stalin terhadap pendapat seorang ahli falsafah yang mengatakan:

"Alam ini tidak dicipta oleh mana-mana Tuhan atau insan. Ia terjadi dengan sendirinya dan akan kekal berterusan sebagaimana adanya. Ia merupakan obor kehidupan yang terus menyala dan akan padam berdasarkan hukum-hakam yang tertentu". Lenin menyatakan: "Ini adalah satu analisis yang indah terhadap dialektik materialism".

Sebenarnya apabila manusia mengingkari wujudnya kehidupan selepas alam nyata, mengingkari adanya hari perhitungan terhadap segenap perilaku malah seluruh cita dan usahanya akan tertumpu hanya untuk merangkul dunia yang fana ini. Ilmunya pun sekadar itu juga.

ii. Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat.

Mereka ini adalah terdiri dari golongan minoriti, akidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa berkat dan restu Allah. Namun mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik. Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

Mereka ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan yang menganut fahaman kebendaan sekalipun pada zahirnya mereka melakukan sebahagian dari upacara-upacara kerohanian. Tepatlah seperti yang dikatakan oleh penyair di dalam sepotong syairnya:

Kita tempungkan kecacatan dunia kita, 

Dengan mengoyakkan agama kita, 

Akhirnya rosak kedua-duanya, 

Baik dunia mahupun agama, 

Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna di dalam Risalahnya yang bertajuk "Fi Ayyi Nad'un Nas (Ke mana kita ingin menyeru manusia)" menyatakan: "Sebenarnya Al-Quran telah menentukan matlamat kehidupan dan tujuantujuan kehidupan manusia ..." Ia menerangkan segolongan manusia yang hidup mereka adalah untuk makan minum dan menikmati kelazatan dunia. Firman Allah:

وَالَّذِينَ َ كَفرُوا يَتَمَتَّعُو َ ن وَيَأْ ُ كُلو َ ن َ كمَا تَأْكُلُ اْلَأنْعَامُ وَالنَّارُ مَْثوًى َلهُمْ 

Yang bermaksud: Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Surah Muhammad, Ayat: 12).

Al-Quran menerangkan adanya segolongan manusia yang tujuan hidup mereka adalah untuk menikmati perhiasan dan bersenang-senang dengan kemewahan, dalam firman Allah:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمَُقنْ َ طرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَاْلَأنْعَامِ وَالْحَرْثِ َ ذلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ 

Yang bermaksud: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anakpinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebunkebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).

Al-Quran juga menerangkan gelagat segolongan manusia yang hidup mereka di dunia adalah mengadakan angkara fitnah, menyuburkan kejahatan dan kerosakan, dalam sebuah firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ َقوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عََلى مَا فِي َقلْبِهِ وَهُوَ َأَلدُّ الْخِصَامِ . وَإِ َ ذا تَوَلَّى سَعَى فِي الَْأرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْ َ ث وَالنَّسْ َ ل وَاللَّهُ َلا يُحِبُّ الْفَسَادَ 

Yang bermaksud: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 204 - 205).

Demikianlah tujuan-tujuan hidup manusia di dunia. Allah s.w.t telah membersihkan orang-orang mukmin daru tujuan-tujuan yang salah dengan memberikan tanggungjawab dan kewajipan yang tinggi lagi mulia. Tanggungjawab tersebut ialah menunjukkan kebenaran Islam kepada manusia. Mengajak manusia seluruhnya kepada kebajikan dan menyinarkan seluruh alam ini dengan cahaya Islam.

BAHAGIAN KEDUA: Apakah Ertinya Saya Menggabungkan Diri Dengan Harakah Islamiah

  1.  Saya Mesti Hidup Untuk Islam.
  2. Saya Mesti Beriman Bahawa Beramal Untuk Islam Adalah Wajib.
  3. Tanggungjawab, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah.
  4. Saya Mestilah Memahami Cara-cara Beramal Untuk Islam. 
  5. Saya Mesti Memahami Sejauh Manakah Makna Penggabungan Dengan Harakah Islamiah. 
  6. Saya Mesti Memahami Makna Pemutusan Amal Islami. 
  7. Saya Mestilah Memahami Syarat-syarat Baiah dan Keanggotaannya
Mukadimah Bahagian Kedua

Bahagian kedua kitab ini yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menggabungkan Diri Dengan Harakah Islamiah" membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar

. Asas bagi penggabungan seseorang dengan harakah Islamiah ialah wujudnya ciri-ciri dan sifat-sifat penggabungan seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan Harakah Islamiah mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota Harakah Islamiah.

Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat penggabungan seseorang dengan agama ini.

Hanya Allah yang memberi taufik dan kepadanyalah kita memohon perlindungan.
Pengarang.

Bab 6:Saya Wajib Meyakini Bahawa Masa Depan Adalah Untuk Islam

Keimanan saya dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Justeru itu Islamlah yang paling ampuh dan mampu untuk menyusun urusan hidup dan memimpin manusia. Agama Islam adalah satu-satunya manhaj atau cara hidup yang selaras dengan kehendak fitrah manusia. Ia dapat mengimbangkan tuntutan lahiriah dan rohaniah insan. Allah berfirman:

َأَلا يَعَْلمُ مَنْ خََلقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ 

Yang bermaksud: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya! (Surah Al-Mulk, Ayat: 14).

A. Manhaj Islam Bersifat Rabbani. Manhaj Islam yang bersifat Rabbani merupakan satu corak penghayatan yang kudus mengatasi sistem dan cara hidup ciptaan manusia. Ia mampu untuk kekal dan memberikan saham tamaddunnya di setiap zaman, tempat dan peringkat.

B. Manhaj Islam Bersifat Universal (Sejagat). Manhaj Islam yang bersifat sejagat atau universal menyerlahkan ciri-ciri keinsanan dan ciri "infitah" (bersifat terbuka atau kelapangan) serta daya untuk menanggung kemungkinan-kemungkinannya. Ciri "infitah" ini mengatasi pertimbangan kedaerahan, perkauman, kebangsaan dan sebagainya. Cara ini sebenarnya adalah cetusan dari "Sibghah Rabbaniyah" itu sendiri.

C. Manhaj Islam Bersifat Anjal (Murunah). Keanjalan manhaj hidup Islam (atau fleksibel) memberikannya daya untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih berganti "Sibghah" atau cara ini memberikan Islam kebolehan untuk berijtihad menyimpulkan hukum-hakam terhadap hal-hal yang tidak ada nas, sama ada melalui qias atau maslahah mursalah, Istihsan dan sebagainya.

D. Manhaj Islam Bersifat Syumul atau Menyeluruh. Ciri manhaj Islam yang menyeluruh membedakannya dengan sebarang manhaj atau sistem hidup duniawi yang mempunyai dimensi matlamat yang terbatas. Manhaj Islam adalah manhaj ciptaan Yang Maha Mengetahui segala masalah manusia, baik atau buruknya. Ia Maha Mengetahui apa yang membahagiakan dan apa pula yang mencelakakan manusia. Sebab itu Islam sahajalah yang mampu memenuhkan keperluan manusia, baik sebagai individu, mahupun sebagai kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Sama ada dalam urusan dalam negeri mahupun luar negeri. Allah s.w.t berfirman:

صِبْغََة اللَّهِ وَمَنْ َأحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغًَة وَنَحْنُ َلهُ عَابِدُو َ ن 

Yang bermaksud: (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 138)

E. Kegagalan Sistem-sistem Ciptaan Manusia. Kemudian saya harus mengetahui dan menginsafi tentang selok-belok serta kegagalan yang dialami oleh sistem hidup dan ciptaan manusia, baik di timur mahupun di barat. Sama ada yang berfahaman kapitalisme, demokrasi, liberal, sosialisme atau komunisme. Tidak syak lagi ini adalah kerana keterbatasannya, kelemahannya, sifat kesementaraannya dan hakikat ianya dari ciptaan insan.

E.1 Kegagalan Sistem Sosial.

Dalam arena sosial, sistem-sistem yang dipanggil sebagai sistem kanan atau kirinya ternyata gagal untuk memantapkan kebahagiaan, keharmonian dan kestabilan. Malah terlalu banyak mala petaka yang ditanggung oleh manusia hasil dari sistem-sistem ini. Ternyata ikatan kekeluargaan semakin terburai. Kasih-sayang semakin pudar, akhlak semakin luntur dan runtuh. Nilai-nilai keutamaan dan keluhuran sudah kehilangan harga. Ketegangan dan permusuhan mengambil tempat kedamaian dan ketenangan. Semangat egoistik dan mementingkan diri mengalahkan semangat kerjasama dan mengutamakan orang lain.

E2. Kegagalan Sistem Ekonomi.

Dalam bidang Ekonomi, kapitalisme dan sosialisme ternyata gagal dalam mewujudkan (syura impiannya) atau masyarakat serba adil sebagaimana yang dilaung-laungkan. Dari sistem ini tercetuslah bermacam-macam krisis dan permasalahan hidup. Lahir pertarungan kasta, kezaliman sosial, eksploitasi kepartian, monopoli, kemiskinan, pengangguran dan seribu satu macam masalah lagi.

E.3 Kegagalan Sistem Politik.

Dalam arena politik sistem-sistem ala ketenteraan, Demokrasi, Republik, yang beraja atau tidak beraja, bertanggungjawab melahirkan, merangsang serta membiarkan penyelewengan serta kebejatan di setiap peringkat. Penyalahgunaan kuasa, sikap pilih kasih, rasuah, merasa besar diri dengan kekuasaan, di samping bencana fitnah, pembunuhan, penggulingan kuasa silih berganti, pemberontakan, penyingkiran serta bunuh diri (assasination) hampir-hampir menjadi kelaziman sistem-sistem tersebut.

E.4 Kegagalan Sistem Ketenteraan.

Dalam bidang ketenteraan, sistem-sistem ini (banyak menanggung dosa) mengabaikan nasib masyarakat dan negara Islam yang lemah seperti persoalan Kashmir, Eriteria, minoriti Islam di Filipina, persoalan Palestine dan sebagainya. Yang lebih parah dari itu ada pula negeri Arab yang menjadikan krisis tersebut sebagai daun dalam permainan politiknya untuk menggadaikan atau mempergunakannya sebagai isu dan untuk menjamin kekuasaan mereka agar berlarutan. Sistem ini juga bertanggungjawab terhadap pengabaian membina kekuatan fizikal dan jiwa ummah yang membolehkan mereka menghadapi penjajahan dan mengusir Israel dari bumi Palestine.

Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri (3/3)

Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan. 

Bagi membantu manusia bagi menghadapi hasutan syaitan dan seranganserangan Iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya: "Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu:

Pertama: Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti. Keempat: Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.

Kelima: Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam: Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.

Ketujuh: Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.

Kelapan: Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan: Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.

Kesepuluh: Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan. Satu riwayat daripada Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan: "Syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu di dapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam keadaan gemuk montel sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin: Kenapa kamu kurus kering?.

Lalu ia menjawab: "Aku bersama seorang lelaki yang apabila ia makan ia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan,apabila ia minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai". Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: "Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakai dengannya".

Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:

1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وََلا تُسْرِفُوا 

Maksudnya: "Makanlah dan minumlah, tetapi jangan kamu berlebihan". (Surah Al-A'raf 7: Ayat 31) Rasulullah s.a.w juga bersabda mengingatkan, maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". (Hadis riwayat Ahmad)

2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya". (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)

3.Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah s.a.w: "Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah". (Hadis riwayat ibn Abi Shaibah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi. At-Tirmizi meriwayatkan hadith sepertinya dan Al-Albani mengetakan :Snadnya Hasan.)

Sebenarnya ruang ini adalah terbatas untuk menyebut semua sebab, amal-amal dan pesanan-pesanan yang dianjurkan oleh Islam untuk menjaga diri dari serangan dan godaan syaitan. Memadailah di sini kita melihat firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ اتََّقوْا إِ َ ذا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَ َ ذكَّرُوا َفإِ َ ذا هُمْ مُبْصِرُو َ ن

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah Al-A'raf 7: Ayat 201).

Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri (2/3)

2. Akal: Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya. Akal seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 

Maksudnya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al- Fatir 35: Ayat 28).

 "Kelebihan (keutamaan) seorang 'alim atas seorang 'abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari sahabat-sahabatku". Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai dan kesan akal dalam proses membina kekuatan insan di dalam diri manusia. Dengannya manusia dapat mengenali serta dapat menyelami hakikat alam semesta dan rahsianya. Oleh yang demikian akal seorang mukmin itu adalah akal fikiran yang waras, dapat membezakan buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat menembusi di sebalik tutupan yang halus. Firman Allah:

وَمَنْ َلمْ يَجْعَلِ اللَّهُ َلهُ نُورًا َفمَا َلهُ مِنْ نُورٍ 

Maksudnya: Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (Surah Al-Nur 24: Ayat 40).

Cahaya akal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dapat dipadamkan kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat. Rasulullah s.a.w menjelaskan:

من قارف ذنبا فارقة عقل لا يعود إليه أبدا 

"Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah akalnya dari dirinya, ia tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya".

Baginda s.a.w juga bersabda:

لولا أن الشياطين يهمون على قلوب بني آدم لنظروا إلى ملكوت السموات والأرض

"Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah di langit dan di bumi". (Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah) Anas bin Malik r.a menceritakan:

 لما دخلت على عثمان رضى الله عنه وكنت قد لقيت إمرأة في طريقي فنظرت إليها شزرا وتأملت محاسنها فقال عثمان لما دخلت: يدخل أحدكم وآثر الزنا على عينيه أما علمت أن زنا العينين النظر؟ لتتوبن أو لأعزرنك؟ فقلت أوحى بعد النبي؟ فقال: لا ولكن بصيرة وبرهان وفراسة صادقة 

"Semasa aku masuk menemui Othman bin Affan r.a aku bertemu seorang wanita dalam perjalanan, lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik kepada kecantikannya. Lalu semasa aku menemuinya Othman berkata kepadaku: "Seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan pada kedua matanya". Adakah engkau mengetahui bahawa zina mata itu ialah memandang? Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan hukuman takzir. Lalu akupun bertanya? Adakah lagi wahyu (kepadamu) selepas Nabi? Maka Othman menjawab: "Tidak, tetapi (dengan pandangan) basirah hati burhan dan firasat yang benar".
(Nota Kaki: 2 Kisah ini di sebut oleh at-Tajas-Subki dalam “At-Tabaqat”. Lihat Tafsir Ibn. Kathir; surah al-Hijr: 75.)

Tanda-tanda Ketewasan Jiwa

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran di dalam tubuhnya. Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah:

اسْتَحْوَ َ ذ عََليْهِمُ الشَّيْطَا ُ ن َفَأنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ 

Maksudnya: "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah". (Surah Al-Mujadalah 58: Ayat 19)

Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh Al-Quran Al-Karim yang menyatakan:

قَا َ ل َفبِمَا َأ ْ غوَيْتَنِي َلَأقْعُدَنَّ َلهُمْ صِرَا َ طكَ اْلمُسْتَقِيمَ( 16 ) ُثمَّ َلآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ َأيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ َأيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وََلا تَجِدُ َأكَْثرَهُمْ شَاكِرِينَ 

Maksudnya: Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17- Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (Surah Al-A'raf 7: Ayat 16-17)

Sebenarnya selain dari penyakit di atas terdapat satu penyakit lain yang paling berbahaya iaitu penyakit was-was, syaitan menyebabkan mereka merasa was-was dalam setiap urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah. Dalam hal ini Rasulullah bersabda: إن الشيطان قعد لإبن آدم بطريق فقعد له

بطريق الإسلام فقال: أتسلم وتركت دينك ودين آبائك؟ فعصاه وأسلم ثم قعد له بطريق الهجرة فقال: أﺗﻬاجر؟ أتدع أرضك وسماءك؟ فعصاه وهاجر ثم قعد له بطريق الجهاد فقال: أتجاهد وهو تلف النفس والمال فتقاتل فتقتل فتنكح نساؤك 

"Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenekmoyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalau dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: "Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga". (Hadis riwayat Al-Nasa'i)

Alangkah baiknya jikalau anda dapat menatap kisah antara syaitan dan seorang Rahib Bani Israil dalam tafsir ayat Surah Al-Hasyr 59: Ayat 16. Yang bermaksud:

كمََثلِ الشَّيْطَانِ إِ ْ ذ قَا َ ل لِْلإِنْسَانِ ا ْ كُفرْ َفَلمَّا َ كَفرَ قَا َ ل إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي َأخَافُ اللَّهَ رَبَّ
الْعَاَلمِينَ

Maksudnya: "Pujukan orang-orang munafik itu) samalah dengan (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Kufurlah kamu. Maka tatkala manusia itu telah kafir dia berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam".

Bab 5: Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri (1/3)

Di dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalahnya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya.

Firman Allah:

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا( 7)َفَأْلهَمَهَا ُفجُورَهَا وَتَقْوَاهَا( 8)َقدْ َأفَْلحَ مَنْ زَكَّاهَا( 9)وََقدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8- Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 9- Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambahtambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10- Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah Asy-Syams 91: Ayat 7-10)

Maksud inilah yang terkandung dalam sabda yang diisyaratkan oleh baginda s.a.w:

تعرض الفتن على القلوب كالحصير عودا عودا فأيما قلب أشرﺑﻬا نكت فيها نكتة السوداء وأيما قلب أنكرها نكت فيها نكتة بيضاء حتى تصير على أحد قلبين :على أبيض مثل الصفاة فلا تضره فتنة والآخر أسود مربادا لا يعرف معروفا ولا ينكر منكرا 

Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran. (Hadith riwayat Muslim daripada Huzaifah Ibn Yaman)

Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbahagi kepada 3 golongan:

1. Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka. Mereka hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini dan ingin hidup berkekalan di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka. Golongan ini melupai (kebesaran dan nikmat) Allah, lalu Allah juga membiarkan mereka. Di dalam Al- Quran Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu, firman Allah:

َأَفرََأيْتَ مَنِ اتَّخَ َ ذ إَِلهَهُ هَوَاهُ وََأضَلَّهُ اللَّهُ عََلى عِلْمٍ وَخَتَمَ عََلى سَمْعِهِ وََقلْبِهِ وَجَعَ َ ل عََلى بَصَرِهِ غِشَاوًَة َفمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ َأَفَلا تَذَكَّرُو َ ن 

Maksudnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. (Surah Al-Jathiyah 45: Ayat 23)

2. Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya. Dalam menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini mencapai kemenangan dan ada kalanya mereka kecundang. Apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ إِ َ ذا َفعَلُوا فَاحِشًَة َأوْ َ ظَلمُوا َأنْفُسَهُمْ َ ذ َ كرُوا اللَّهَ فَاسْتَغَْفرُوا لِ ُ ذنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وََلمْ يُصِرُّوا عََلى مَا َفعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن 

Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)

Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

كل بني آدم خطاء وخيرا الخطاءين التوابون 

"Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan: "Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis menjawab:

1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).

2. Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

Sendi-sendi Kekuatan Dalam Memerangi Nafsu. 

1. Hati: Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal dan selalu mengingati pesanan Sayidina Ali yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai bejana di atas buminya iaitu hatihati ... maka hati yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. Kemudian Sayidina Ali mentafsirkan (kalimahkalimah tersebut dengan) katanya: Cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin. Sayidina Ali juga berkata: "Hati seorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit".

Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mukmin menerusi firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُو َ ن
الَّذِينَ إِ َ ذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجَِلتْ قُلُوبُهُمْ وَإِ َ ذا تُلِيَتْ عََليْهِمْ ءَايَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا 

Maksudnya: Orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman mereka. (Surah Al-Anfal 8: Ayat 2)

Dalam menggambarkan sifat-sifat hati orang kafir pula Allah menjelaskan:

َفإِنَّهَا َلا تَعْمَى اْلَأبْصَارُ وََلكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ 

Maksudnya: Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah Al-Hajj 22: Ayat 46)

Allah juga berfirman:

َأَفَلا يَتَدَبَّرُو َ ن الُْقرْءَا َ ن َأمْ عََلى ُقُلوبٍ َأقَْفاُلهَا 

Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al- Quran)?. (Surah Muhammad 47: Ayat 24)

Bab 4 : Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya (2/2)

4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.

Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:

1. Saya mestilah berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah bersabda:


خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي 

"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri". (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aisyah)

Dan sabda Rasulullah s.a.w:

أكمل المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله

"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan berlemah-lembut terhadap isteri mereka". (Hadith riwayat Tirmizi)

2. Hubungan saya dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda dan bermanja.

Dalam urusan 'ibadah Allah s.w.t berfirman:

وَْأمُرْ َأهَْلكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْ َ طبِرْ عََليْهَا

Maksudnya: "Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)

Dan firman Allah:

وَكَا َ ن يَأْمُرُ َأهَْلهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَا َ ن عِنْدَ رَبِّهِ مَرْضِيا 

Maksudnya: "Dan ia (Nabi Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya". (Surah Maryam 19: Ayat 55)


Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumbakejar dengan Aisyah r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.

3. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberi amaran:

ما من أحد يطيع امرأة في ما ﺗﻬوي إلا كبه الله في النار 

"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka". Rasulullah juga bersabda:

لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله 

"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya".1 Sabda baginda lagi:

تعس عبد الزوجة 

"Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya". (Nota Kaki: Al-Hafiz al-‘iraqi berkata: “Aku tidak jumpa sumber hadith ini.”)

4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.

Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya. Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka.

Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam. Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah:

وَالَّذِينَ يَقُوُلو َ ن رَبَّنَا هَبْ َلنَا مِنْ َأزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرََّة َأعْيُنٍ وَاجْعَْلنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)

Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه 

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Muttafaqun 'Alaih)

Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anakanak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:

لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع

"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi). Rasulullah juga bersabda:

 ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن 

"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia". Sabda baginda lagi:

أكرموا أولادكم وأحسنوا أدﺑﻬم

"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia". (Hadith riwayat Ibn Majah daripada Ibn ‘Abbas)

Sabda Rasulullah s.a.w:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له 

"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya". (Hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Bab 4 : Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya (1/2)

Sebenarnya apabila saya telah menganut agama Islam, saya wajib menjadi seorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan saya wajib menjadikan seluruh kehidupan saya mematuhi segala arahan risalah ini.

Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim. Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah:

من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم 

Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al- Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”, at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al- Hakim.)

Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat. Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:

 َفَلا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إَِلهًا ءَاخَرَ فَتَ ُ كو َ ن مِنَ الْمُعَذَّبِينَ( 213 )وََأنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الَْأقْرَبِينَ( 214 )وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ 

Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orangorang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).

Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:

يَاَأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ُقوا َأنْفُسَكُمْ وََأهْلِي ُ كمْ نَارًا وَُقودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عََليْهَا مَلَائِ َ كةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ َلا يَعْصُو َ ن اللَّهَ مَا َأمَرَهُمْ وَيَفْعَُلو َ ن مَا يُؤْمَرُو َ ن 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6)

4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.

Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:

1. Saya mestlah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ

"Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali- Imran 3: Ayat 34)

 2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

ثلاثة حق على الله عوﻧﻬم اﻟﻤﺠاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد العفاف

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad pada jalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).

Dan sabdanya lagi yang bermaksud:

من تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي 

"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)

3. Saya mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

تخيروا لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا إليهم 

"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. (Hadith riwayat Ibn Majah dan Abu Mansur ad-Dailami dalam Musnad al-firdaus))

4. Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

 لا تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل 

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد ﺑﻬا إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه 

"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya". (Hadith riwayat Abu Nuaim)

Bab 3: Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim (3/3)

9. Bersifat Rendah Diri

Seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda: Yang bermaksud: “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbut.” (Hadis riwayat Muslim).

Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman: Yang bermaksud: Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduaduanya pasti Aku akan menyeksanya". (Hadis Qudsi riwayat Muslim).

10. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat:

Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seseorang itu mestilah menjauhi sifatsifat ini kerana mematuhi firman Allah:

يَاَأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا َ كثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وََلا تَجَسَّسُوا وََلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا َأيُحِبُّ َأحَدُكُمْ َأ ْ ن يَأْكُ َ ل َلحْمَ َأخِيهِ مَيْتًا َف َ كرِهْتُمُوهُ وَاتَُّقوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ 

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).

Allah berfirman lagi:

 وَالَّذِينَ يُؤْ ُ ذو َ ن الْمُؤْمِنِينَ وَاْلمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا َفَقدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِْثمًا مُبِينًا 

Yang bermaksud: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. (Surah Al- Ahzaab, Ayat: 58).

Dan Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orangorang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumahnya. (Hadis riwayat Abu Daud).

11. Bersifat Pemurah.

Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan oleh sikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluhpuluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.

Di antaranya:

وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفُِقو َ ن 

Yang bermaksud: Dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (Surah Al-Anfaal, Ayat: 3).

وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ َفلَِأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفُِقو َ ن إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إَِليْ ُ كمْ وََأنْتُمْ َلا تُظْلَمُو

 Yang bermaksud: Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikuran. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 272).

Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pengajaran darpesanan Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Yang bermaksud: Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinya berdoa: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". Manakala Malaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)

Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. (Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini yang dapat dijadikan sebagai renungan oleh para pembaca di antaranya ialah Kitab Riadhus Salihin karangan Imam Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karangan Muhammad Al- Ghazali, Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali dan Hayat As- Sahabah karangan Al-Kandahlawi).