Bab 3: Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah

  1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.
  2. Memelihara pandangan
  3. Memelihara lidah. 
  4. Bersifat pemalu. 
  5. Bersifat lemah-lembut. 
  6. Bersifat benar
  7. Bersifat tawaduk.
  8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat. 
  9. Bermurah hati. 

Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda: Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak". Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:

الَّذِينَ إِ ْ ن مَكَّنَّاهُمْ فِي الَْأرْضِ َأَقامُوا الصَّلَاَة وَءَاتَوُا الزَّكَاَة وََأمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْ َ كرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الُْأمُورِ 

Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al-Hajj, Ayat: 41).

Firman Allah lagi:

َليْسَ الْبِرَّ َأ ْ ن تُوَلُّوا وُجُوهَ ُ كمْ قِبَ َ ل الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وََلكِنَّ الْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِ َ كةِ وَاْلكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَءَاتَى الْمَا َ ل عََلى حُبِّهِ َ ذوِي اْلُقرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وََأقَامَ الصَّلَاَة وَءَاتَى الزَّكَاَة وَالْمُوُفو َ ن بِعَهْدِهِمْ إِ َ ذا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي اْلبَْأسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ُأوَلئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَُأوَلئِكَ هُمُ الْمُتَُّقو َ ن 

Yang bermaksud: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anakanak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 177).

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan: Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).

Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memiliki apa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang contohnya, Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:

إِنَّ الصَّلَاَة تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْ َ كرِ 

Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 45).

Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya: Yang bermaksud: Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat Tabrani).

Rasulullah s.a.w juga menyebut perkara yang sama bagi faedah ibadat puasa: Yang bermaksud: Apabila seseorang yang berpuasa, janganlah dia melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar. Jika dia dicerca atau diperangi maka katakanlah: Saya ini sedang berpuasa. (Muttafaqun alaih).

Berhubung dengan ibadat Haji pula Allah berfirman:

الْحَجُّ َأشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ َفمَنْ َفرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ َفَلا رََف َ ث وََلا ُفسُوقَ وََلا
جِدَا َ ل فِي الْحَجِّ 

Yang bermaksud: (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 197).

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesiapa yang telah sempurna menunaikan Haji tanpa melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan melakukan perkara-perkara yang fasiq, (bererti) dia kembali (dalam keadaan suci bersih) sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya. (Muttafaqun Alaih).