Bab 3: Sifat-sifat Akhlak Seorang Muslim (2/3)

A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:

Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:

1. Firman Allah:

وََلمَنْ صَبَرَ وَ َ غَفرَ إِنَّ َ ذلِكَ َلمِنْ عَزْمِ الُْأمُورِ 

Yang bermaksud: Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (Surah Asy-Syura, Ayat: 43).

2. Firman Allah:

فَاصَْفحِ الصَّفْحَ الْجَمِي َ ل

Yang bermaksud: Oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakan kamu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok. (Surah Al-Hijr, Ayat: 85).

3. Firman Allah:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُو َ ن َأجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ 

Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar, Ayat: 10).

4. Firman Allah:

وَْليَعُْفوا وَلْيَصَْفحُوا َأَلا تُحِبُّو َ ن َأ ْ ن يَغْفِرَ اللَّهُ َل ُ كمْ 

Yang bermaksud: Dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah An-Nur, Ayat: 22).

5. Firman Allah:

وَإِ َ ذا خَا َ طبَهُمُ الْجَاهُِلو َ ن َقاُلوا سََلامًا 

Yang bermaksud: Dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. (Surah Al-Furqaan, Ayat: 63).

B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:

1. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemahlembutnya. (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aishah dan Abdul Qadir al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih)

2. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu. (Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)

3. Rasulullah s.a.w juga bersabda: Yang bermaksud: Apabila Allah s.w.t menghimpunkan makhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang-orang yang beramal". (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam “Shuab al-Iman” dan beliau berkata: “Terdapat kelemahan dalam sanadnya.”)

C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:

1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagian rampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adil dan tidak bertujuan mendapat keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Yang bermaksud: Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakiti lebih dari ini tetapi ia sabar. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud)

2. Anas r.a telah berkata: Yang bermaksud: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakai kain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dari arah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan di leher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allah yang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum dan baginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Abu Hurairah menceritakan: Yang bermaksud: Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu ia bukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendang Rasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkasupaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar.

4. At-Tabrani menceritakan: Yang bermaksud: Bahawa seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan yang boleh membangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia melintas di hadapan Rasulullah s.a.w ketika Nabi sedang memakan roti berkuah di atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata: "Kamu lihatlah kepadanya, dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga seperti seorang hamba abdi". 5. Abu Hurairah r.a menceritakan: Yang bermaksud: Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungan dengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya berlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu baginda bersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau menjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkau berbuat demikian".

6. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.w dengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat-lambatkan pembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampirhampir memenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar! Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut aku juga membayar dengan baik".

7. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun) menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalam dakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya mereka membalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki hamun. Para pengikut setia Nabi Isa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatan sedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang ada padanya". Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan ke atas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabila cabarancabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskan perpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredai oleh Allah.

8. Bersifat Benar dan Jujur. Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.

Berhatihati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa besih, mulia dan terhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakitpenyakit yang laknat.

Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta". (Muttafaqun Alaih).