Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah (3/4)

11. Saya mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan pentha'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran,
yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah s.w.t. Saya juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk penta'wilan sesetengah ayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepada perselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara golongan khalaf di masa lampau mahupun masa kini.

12. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyekutukan dengan yang lain. Ini saya lakukan kerana menyahut seruan Allah dan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan
diri hanya kepada Allah semata-mata dan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t:

وََلَقدْ بَعَْثنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُوًلا َأنِ ُاعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّا ُ غوتَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. 
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

13. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan saya menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.

Allah s.w.t menjelaskan:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُوَلهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَُأوَلئِكَ هُمُ الَْفائِزُو َ ن

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52)

Firman Allah s.w.t seterusnya: 

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْ َ ن رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ َلهُمْ مَغْفِرَةٌ وََأجْرٌ َ كبِيرٌ

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)

14. Saya mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa
dan senjata paling ampuh untuk menghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilah penawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yang menyatakan:

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ َأَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Ra'ad 13: Ayat 28)

FirmanNya lagi:

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نَُقيِّضْ َلهُ شَيْ َ طانًا َفهُوَ َلهُ قَرِينٌ( 36 )وَإِنَّهُمْ َليَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ
وَيَحْسَبُو َ ن َأنَّهُمْ مُهْتَدُو َ ن

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43:Ayat 36-37).

Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr.
Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk
menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.

15. Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari
mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

ُق ْ ل إِ ْ ن كَا َ ن ءَابَاؤُكُمْ وََأبْنَاؤُ ُ كمْ وَإِخْوَانُ ُ كمْ وََأزْوَاجُ ُ كمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وََأمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ
تَخْشَوْ َ ن َ كسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا َأحَبَّ إَِليْ ُ كمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ َفتَرَبَّصُوا
حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بَِأمْرِهِ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al- Taubah 9: Ayat 24)

Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:

الْمَرْءَ َلا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وََأنْ يَكْرَهَ َأ ْ ن يَعُودَ فِي اْل ُ ك ْ فرِ َ كمَا يَكْرَهُ َأ ْ ن يُقْ َ ذفَ فِي النَّارِ

"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:
  • Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
  • Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
  • Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.