Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah (2/3)

1. Doa ketika hendak tidur.

بسمك رَبِّي وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ َأرَْفعُهُ إِ ْ ن َأمْسَكْتَ نَ ْ فسِي َفا ْ غفِرْ َلهَا وَإِنْ َأرْسَْلتَهَا
َفاحَْف ْ ظهَا بِمَا تَحَْفظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ


"Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan  kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil  jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan ruhnya, maka peliharalah  diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yang salih. (Hadis  riwayat Jama'ah).

2. Doa ketika bangun dari tidur.

قَا َ ل اْلحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي َأحْيَانَا بَعْدَ مَا َأمَاتَنَا وَإَِليْهِ النُّشُورُ

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kami kembali." (Hadis riwayat Bukhari)

3. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya.

اللَّهُمَّ َلكَ اْلحَمْدُ َأنْتَ كَسَوْتَنِيهِ َأسَْألُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا هو َلهُ وََأعُو ُ ذ بِكَ مِنْ شَرِّهِ
وَشَرِّ مَا هو َلهُ

"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku berlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya". (Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عََلى اللَّهِ َلا حَوْ َ ل وََلا قُوََّة إِلَّا بِاللَّهِ

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecuali kerana Allah". (Sunan Tirmizi)

5. Doa ketika berjalan ke Masjid.

اِللَّهُمَّ اجْعَ ْ ل فِي َقْلبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ
يَسَارِي نُورًا وََفوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وََأمَامِي
نُورًا وَخَْلفِي نُورًا وَاجْعَ ْ ل لِي نُورًا



"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya,  pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada  sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, dimukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya." (Hadis riwayat Bukhari)

6. Doa ketika memasuki masjid.

اللهم افتح لى أبواب رحمتك

"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".

7. Doa ketika keluar dari masjid.

اللهم إني أسألك من فضلك

"Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa'i)

8. Doa ketika hendak makan.

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار با سم الله

"Ya Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari seksa neraka, dengan nama Allah". (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

9. Doa setelah selesai makan.

الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا وجعلنا مسلمين

"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim". (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah)
 
10. Doa ketika memasuki tandas.

اللَّهُمَّ إِنِّي َأعُو ُ ذ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khaba'ith". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Doa ketika keluar tandas.

الحمد لله الذي أذاقني لذته وصرف عني أذاه

"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap  kelazatannya dan menjauhkan aku dari kesakitannya".(Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)

12. Doa sebelum bersetubuh.

اللهم جنبنا من الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

"Dengan namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yang Kau kurniakan kepada kami". (Hadis riwayat Bukhari).

Jika ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya selama-lamanya.

13. Doa ketika tidak dapat tidur.

اللهم غارت النجوم وهدأت العيون وأنت حي قيوم لا تأخذك سنة ولا نوم يا حي
يا قيوم إهد ليلى وأنم عينى

"Ya Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan Engkau hidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlah mataku". (Hadith riwayat Ibnus Sunni daripada Zaid Ibn Thabit)

14. Wirid selepas sembahyang.

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ َثَلاًثا وََثلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ َثَلاًثا وََثلَاثِينَ وَ َ كبَّرَ اللَّهَ َثَلاًثا
وََثلَاثِينَ َفتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُو َ ن وَقَا َ ل تَمَامَ الْمِاَئةِ َلا إَِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ َلا شَرِيكَ َلهُ َلهُ
الْمُلْكُ وََلهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عََلى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَ َ طايَاهُ وَإِنْ َ كانَتْ مِثْ َ ل زَبَدِ
الْبَحْرِ

Sesiapa yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah  setiap sembahyang 33 kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan  membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali. (Hadith riwayat Muslim  daripada Abu Hurairah)  
 
Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca: 
 
إَِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ َلا شَرِيكَ َلهُ َلهُ الْمُلْكُ وََلهُ اْلحَمْدُ وَهُوَ عََلى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 
 
"Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu  bagiNya, kepunyaanNya segala kekuatan dan kepunyaanNya segala  pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu". (Hadis riwayat Muslim)