Bab 1: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah (4/4)

Saya mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatan zahir dan batin di dalam jiwa dan diri saya
yang menyebabkan segala kepayahan dapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عََلى اللَّهِ َفهُوَ حَسْبُهُ

"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)

Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:

احَْف ْ ظ اللَّهَ يَحَْفظْكَ احَْف ْ ظ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِ َ ذا سََألْتَ َفاسَْأ ْ ل اللَّهَ وَإِ َ ذا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ
بِاللَّهِ وَاعَْلمْ َأنَّ الْأُمََّة َلوْ اجْتَمَعَتْ عََلى َأ ْ ن يَنَْفعُوكَ بِشَيْءٍ َلمْ يَنَْفعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ َقدْ َ كتَبَهُ اللَّهُ
َلكَ وََلوْ اجْتَمَعُوا عََلى َأ ْ ن يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ َلمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ َقدْ َ كتَبَهُ اللَّهُ عََليْكَ رُفِعَتْاْلَأْقَلامُ
وَجَفَّتْ الصُّحُفُ قَا َ ل هَ َ ذا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

"Peliharatitah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklah engkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan
kesemuanya)." (Hadith diriwayatkan oleh At-Tirmizi berkata: Ini hadith Hasan Sahih)

17. Saya mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalah satu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allah menyatakan:

وَاللَّهُ َأخْرَجَكُمْ مِنْ بُ ُ طونِ ُأمَّهَاتِ ُ كمْ َلا تَعْلَمُو َ ن شَيًْئا وَجَعَ َ ل َلكُمُ السَّمْعَ وَاْلَأبْصَارَ وَالَْأفْئِدََة
َلعَلَّكُمْ تَشْ ُ كرُو َ ن

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)

Seterusnya Allah berfirman:

وَءَايَةٌ َلهُمُ اْلَأرْضُ الْمَيْتَةُ َأحْيَيْنَاهَا وََأخْرَجْنَا مِنْهَا حَبا َفمِنْهُ يَأْ ُ كُلو َ ن( 33 )وَجَعَْلنَا فِيهَا جَنَّاتٍ مِنْ
نَخِيلٍ وََأعْنَابٍ وََفجَّرْنَا فِيهَا مِنَ الْعُيُونِ( 34 )لِيَأْكُلُوا مِنْ َثمَرِهِ وَمَا عَمَِلتْهُ َأيْدِيهِمْ َأَفَلا يَشْ ُ كرُو َ ن

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?. (Surah Yasin 36: Ayat 33-35)

Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orangorang yang bersyukur dan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah:

وَإِذْ تََأذَّ َ ن رَبُّ ُ كمْ َلئِنْ شَ َ كرْتُمْ َلَأزِيدَنَّ ُ كمْ وََلئِنْ َ كَفرْتُمْ إِنَّ عَ َ ذابِي َلشَدِيدٌ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

18. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman. Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.

Allah berfirman:
وَمَنْ يَعْمَ ْ ل سُوءًا َأوْ يَ ْ ظلِمْ نَفْسَهُ ُثمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ َ غُفورًا رَحِيمًا

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al- Nisa' 4: Ayat 110)

Firman Allah seterusnya:

وَالَّذِينَ إِ َ ذا َفعَلُوا فَاحِشًَة َأوْ َ ظَلمُوا َأنْفُسَهُمْ َ ذ َ كرُوا اللَّهَ فَاسْتَغَْفرُوا لِ ُ ذنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
إِلَّا اللَّهُ وََلمْ يُصِرُّوا عََلى مَا َفعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُو َ ن

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-'Imran 3: ayat: 135)

19. Akhir sekali saya juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada di
bawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun
tersembunyi kerana mengingatkan firman Allah:

مَا يَكُو ُ ن مِنْ نَجْوَى َثلَاَثةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وََلا خَمْسَةٍ إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وََلا َأدْنَى مِنْ َ ذلِكَ وََلا
َأكَْثرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ َأيْنَ مَا َ كانُوا ُثمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Mujadalah 58: 7)