Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah (3/3)

15. Doa ketika selesai majlis.

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ َأشْهَدُ َأ ْ ن َلا إَِلهَ إِلَّا َأنْتَ َأسْتَغْفِرُكَ وََأتُوبُ إَِليْكَ


"Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak  ada Tuhan kecuali Engkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau  bertaubat kepadaMu".(Hadith riwayat Muslim daripada Ibn Umar)

16. Doa ketika menaiki kenderaan.

الحمد لله الذى سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون


"Segala puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini,  padahal kami tidak sanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami  semuanya kembali kepada Tuhan kami".(Hadith riwayat Muslim  daripada Ibn Umar)

17. Doa ketika bermusafir.

اللهم بك أصول وبك أجول وبك أسير اللهم إني أسألك في سفري هذا البر
والتقوى ومن العمل ما ترضى اللهم هون علينا سفرنا هذا واطوعنا بعده اللهم أنت
الصاحب في السفر والخليفة في الأهل اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر وكآبة
المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل والولد

"Ya Allah kerana Engkau aku berusadan kerana Engkau aku berjalan dan  kerana Engkau pula aku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu  dalam perjalanan ini kebajikan dan ketakwaan dan berupa amal yang  Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanan kami ini dan  dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalam  perjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya  aku berlindung kepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan  penglihatan, dari kejelekan saat kembali pada harta, keluarga dan anakanak".  (Ini sambungan daripada hadith dahulu) 

18. Doa ketika hujan turun. 
 
اللهم صيبا نافعا (مرتين أو ثلاث

"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga  kali)". (Hadis riwayat Ibnu Syaibah dari hadis Aisyah). 

19. Doa ketika mendengar guruh.
  اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا ﺗﻬلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك  

"Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan  Engkau binasakan kami dengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum  itu". (Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dari  hadis 'Abdullah bin 'Umar)

20. Doa ketika melihat anak bulan.
 
الله أكبر اللهم أهله علينا باليمن ولإيمان والسلامة والإسلام والتوفيق لما تحب  وترضى ربي وربك الله  

"Allah Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan  penuh berkat dan iman, keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa  yang Engkau cintai dan Engkau redai, ya Tuhanku dan Tuhanmu,
Allah". Ubaidillah dan Tirmizi berkata: Hadith ini Hasan, tetapi bahagian‘Allahuakbar’ di sebut oleh ad-Darimi sahaja)

21. Doa kepada pengantin.
بارك الله وبارك عليك وجمع بينكما في خير


"Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan  mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan".  (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas  dan Abu Hurairah).

22. Doa ketika melihat kanak-kanak

.  أعيذك بكلمات الله التامة من كل الشيطان وهامة ومن كل عين لآمة  

"Aku bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang  sempurna dari setiap syaitan dan racun, dan dari setiap mata yang  membawa kejelikan". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Ibnu 'Abbas)

23. Doa ketika menziarahi orang sakit.

اللهم أذهب البأس رب الناس اشف وأنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر  سقما   

"Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia.  Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah yang meyembuhkan. Tidak ada  kesembuhan kecuali kesembuhan yang diberikan olehMu, kesembuhan  yang tidak disertai rasa sakit". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim  daripada ‘Aisyah)

24. Doa ketika dukacita.

  لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين 

"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau,  sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim".  (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Usamah Ibn Zaid)


25. Doa takziah kematian.

إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب 

"Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Usamah).

26. Doa dalam sembahyang jenazah

. اللَّهُمَّ ا ْ غفِرْ َلهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وََأكْرِمْ نُزَُلهُ وَوَسِّعْ مُدْخََلهُ وَا ْ غسِْلهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَ َ طايَا َ كمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الَْأبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وََأبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وََأهًْلا خَيْرًا مِنْ َأهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وََأدْخِلْهُ الْجَنََّة وََأعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الَْقبْرِ َأوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ 

"Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia, muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan air dingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka". (Hadith riwayat Muslim daripada ‘Aus Ibn Malik)