Bab 2: Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah (1/3)

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Ia menjadi anak tangga pertatehan di antara  si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di  dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan  ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji  serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi  dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian  'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh  hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t  seperti yang dinyatakan oleh Allah:

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ( 56 )مَا ُأرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا ُأرِيدُ َأ ْ ن يُطْعِمُونِ( 57 )إِنَّ اللَّهَ هُوَ
الرَّزَّاقُ ُ ذو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka  menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki  pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan  kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian  makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,  lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Firman Allah seterusnya:

ُق ْ ل إِنَّ صََلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ( 162 )َلا شَرِيكَ َلهُ وَبِ َ ذلِكَ أُمِرْتُ وََأنَا َأوَّلُ
الْمُسْلِمِينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An'am 6: Ayat 162)

1. Saya mestilah memastikan 'ibadah saya mempunyai hubungan dengan  Tuhan yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanandalam 'ibadah". Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat  Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalu baginda menjawab:

َأ ْ ن تَعْبُدَ اللَّهَ َ كَأنَّكَ تَرَاهُ َفإِنْ َلمْ تَ ُ كنْ تَرَاهُ َفإِنَّهُ يَرَاكَ

"Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau 
(Hadis Muttafaqun'Alaih).

2. Saya mestilah melakukan 'ibadah dengan penuh khusyuk sehingga  saya dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan  kekuatan kepada saya untuk berterusan mengerjakannya.  'Aisyah r.a mengatakan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدثنا وتحدثه فإذا حضرت الصلاة كأنه لم يعرفنا ولم
نعرفه

"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara  dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak  mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya."
(Hadis diriwayatkan oleh  Al-Azdi)

Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:

كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب

"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalah penat dan lelah." (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)

كم من صائم حظه من صومه الجوع والعطش

"Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga." (An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)

3. Saya mestilah beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran  Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk-pikuknya.  Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah  s.a.w dalam sabdanya:  "Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang  mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya." (Hadith ini  diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dlam “Musnad Al-  Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)

Berkata 'ulama':  "Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya  (bererti) kamu telah keluar dari dunia."  Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:  "Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih  hampir kepada seksaan."

4. Saya mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya,  tidak merasa cukup dan tidak kenyang. Saya perlu menghampirkan diri  kepada Allah dengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan  Allah, di dalam sebuah hadis qudsi:

مَنْ عَادَى لِي وَلِيا َفَقدْ آ َ ذنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تََقرَّبَ إَِليَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ َأحَبَّ إَِليَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ
عََليْهِ وَمَا يَزَا ُ ل عَبْدِي يَتََقرَّبُ إَِليَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ َفإِ َ ذا َأحْبَبْتُهُ ُ كنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ
وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجَْلهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سََأَلنِي َلأُعْطِيَنَّهُ وََلئِنْ
اسْتَعَاذَنِي َلُأعِي َ ذنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ َأنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وََأنَا
َأكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang  terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku  oleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang  Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akan terus beramal menghampiri diri  kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.  Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang  dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat,  tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia  berjalan. Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika  dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan  melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia  membenci maut sedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)

5. Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail  (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia  menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber  kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:

إِنَّ نَاشَِئَة اللَّيْلِ هِيَ َأشَدُّ وَ ْ طًئا وََأقْوَمُ قِيًلا


Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan  lebih tetap betul bacaannya. (Surah Al-Muzammil 73: Ayat 6)

Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:

َ كانُوا َقلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُو َ ن( 17 )وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُو َ ن

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk  mereka tidur. 18- Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka  selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (Surah Al-Zariat 51: Ayat  17-18)

Firman Allah seterusnya:

تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُو َ ن رَبَّهُمْ خَوًْفا وَ َ طمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفُِقو َ ن

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana  mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa  kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan  perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula  mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (Surah Al-  Sajdah 32: Ayat 16)

Di antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail,  sembahyang dhuha, sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan  Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa pada Hari Asyura, puasa enam  hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14 dan  15) dan beriktikaf di masjid.

5. Saya mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran  dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu  dhuha kerana Allah berfirman:  Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap  malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh  itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (Surah Al-Isra' 17: Ayat 78).  Saya mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir, merenunginya  dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ هَ َ ذا الُْقرْآ َ ن نَزَ َ ل بِحُزْنٍ َفإِ َ ذا قَرَأْتُمُوهُ فتحازنوا

"Sesunguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila  kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut."  (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Abu Nu'aim).

Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam  firmanNya:

َلوْ َأنْزَْلنَا هَ َ ذا الُْقرْءَا َ ن عََلى جَبَلٍ َلرََأيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau  melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan  (ingatlah). (Surah Al-Hasyr 59: Ayat 21).

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا آمَنَ بِالُْقرْآنِ مَنْ اسْتَحَلَّ مَحَارِمَهُ

"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Sabdanya lagi:

أفضل عبادة أمتى تلاوة القرآن
"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran". (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam Fadha'ilul-Quran)

Di dalam sebuah hadis dari 'Abdullah bin Mas'ud Rasulullah bersabda:

الْمُبِينُ وَالشِّفَاءُ النَّافِعُ عِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَنَجَاةٌ لِمَنْ اتَّبَعَهُ َلا يَزِي ُ غ َفيَسْتَعْتِبُ وََلا يَعْوَجُّ
َفيَُقوَّمُ وََلا تَنَْقضِي عَجَائِبُهُ وََلا يَخَْلقُ عَنْ َ كثْرَةِ الرَّدِّ َفاتُْلوهُ َفإِنَّ اللَّهَ يَأْجُرُكُمْ عََلى تِلَاوَتِهِ بِكُلِّ
حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ َأمَا إِنِّي َلا َأقُو ُ ل الم وََلكِنْ بَِألِفٍ وََلامٍ وَمِيمٍ

"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu  menyebutnya sekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang benderang dan penawar yang  berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegang kepadanya, jaminan kejayaan bagi  yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan ia tercela, ia tidak bengkok  yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjung habis dan  ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah  Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari  bacaanmu dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam,  Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."  (Riwayat Al-Hakim)

Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata:

عليك بتلاوة القرآن فإنه نور لك فى الأرض وذخر لك في السماء

"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu di bumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)

7. Saya mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di  dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala 'ibadah.  Untuk itu saya mestilah memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah  s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allah bila Ia mengatakan:

وقال ربكم أدعوني أستجب لكم

"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".